Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us





Image Hosted by ImageShack.us


Aisyah
24 Rabi'ul Akhir, January 1985,
Muslimah, A Seeker In Pursuit
Of Knowlegde And Allah's Love ♥

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Lirik Pilihan













~Sandaran Cinta- Saffone~


Menyelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi
Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian
Segar cinta bertunjang keimanan

Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa
Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa

Ku mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya
Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hatiku selamanya... ooo...
Namun cinta sejati, suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Raih cintaNya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa
Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara
Tak ketemu kecewa hanyalah bahagia













Doa Pilihan













"Ya Allah ya Tuhanku, aku bermohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah semua perkara kami berakhir dengan baik dan selamatkan kami daripada menerima malu di dunia dan mendapat azab di akhirat. Ya Allah ya Tuhanku, berikan kami rezeki yang halal dan jadikanlah kami seorang yang salih. Ya Allah ya Tuhanku, kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada seksa api neraka."












Mutiara Kata Pilihan


"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan.. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi..."

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31




rss feed

Feb 1, 2010
Nasyid Pilihan

Wanita (Piano Version)
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

 
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Posted at 07:27 am by aisyah_alladin
 

Jul 1, 2009
Rahsia Solekan Muslimah


*Jadikanlah "Ghadul Bashar" (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

*Oleskan "Lipstik Kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

*Gunakanlah "Pemerah Pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salun Iman.

*Pakailah "Sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

*Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelumumur pandangan laki-laki yang membahayakan.

*Hiasilah kedua tangan anda dengan "Gelang Tawadhu'" dan jari-jari anda dengan "Cincin Ukhuwah".

*Bedakilah wajah anda dengan "Air Wudhu'" nescaya akan bercahaya di akhirat.

InshaAllah semoga hidup kita diberkati Allah s.w.t.


Posted at 07:14 am by aisyah_alladin
 

Jun 1, 2009
Antara 9 Siti yang patut dicontohi

 

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.


Posted at 07:07 am by aisyah_alladin
 

May 1, 2009
LOVE



Love is not about touching his hands to let him know that you are there for him. Love is not about hugging him to let him know that he means the world to you. Love is not about looking in his eyes and say 'I love you', to tell him that you really do.

Love is about always being on the ground, to catch him when he falls. Love is about always ready to forgive, though the pain inflicted hurts more than a million blade. Love is your care and concern towards him. Love is about defending him with all your might and strength. Love is about taking good care of his heart, about looking after it. As though it's crystal, diamond…

Love, is about always keeping him in your du'a…

Love is about being nice, without expecting him to be nice to you.

Love is about sacrificing. Even though he doesn't sacrifice as much as you do for him. Even though he doesn't know how much you have sacrificed for him…


Posted at 01:45 am by aisyah_alladin
 

Apr 1, 2009
Setiap Wanita Itu Cantik

WANITA ITU CANTIK

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali... .

Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!

Setiap Wanita itu Cantik...

Posted at 07:24 am by aisyah_alladin
 

Mar 1, 2009
Hari Yang Pasti

music listening:  Rossa - Ayat Ayat Cinta

Anti..

Bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pada anti,
Tetapi ana sering mendoakan agar satu hari nanti,
Ana tak perlu bertanyakanya dan ana sentiasa merasai,
Di hari-hari yang pasti.

Bukan ana tidak mahu bercakap dgn anti,
Tapi ana ingin menghabiskan bicara-bicara ana,
Tika mana ana dan anti 'bukan' lagi 'ana' dan 'anti',
Di hari-hari yg pasti.

Bukan ana tidak mahu chatting dgn anti,
Tapi ana takut jari˛ ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut anti,
Di hari-hari yang pasti.


Bukan ana tidak mahu mesej anti,
Tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari-hari yang pasti,
Tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yang dinikmati di waktu ini.

Bukan ana tidak ingin membelikan hadiah untuk hari jadi anti,
Tapi ana bimbang hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk anti.
Tidak lagi, Di hari-hari yang pasti.

Bukan ana tidak mahu memandang wajah anti, Tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari-hari nanti. Hari-hari yang pasti.

Bukan ana tidak ingin memandang wajah anti,
Tapi ana bimbang wajah ini tidak akan lagi memberikan senyuman di setiap pagi,
Di hari-hari yang pasti.


Bukan ana tidak ingin memandang senyuman anti, Tapi ana bimbang senyuman ini pudar dan layu, Di hari-hari yang pasti.

Bukan ana tidak mahu melirik senyuman pada anti, Tapi ana selalu tersenyum di dalam hati, Agar senyuman ini 'mahal' di hari cincin di sarungkan di jari..

Anti.. Yakinlah, Percayalah.

Bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada anti,
Tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada Illahi,
Kerana ia bukan hari-hari yang pasti.


Bukan ana tidak ingin mengatakan mencintai anti,
Tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta ana pada Illahi,
Kerana ia bukan hari-hari yang pasti.


Kerana ia bukan hari-hari yang pasti, Ana tidak mahu agar hati ana dan anti mati,
Lalu mematikan hubungan ana atau anti dengan ILLAHI.

Anti.. Intailah sebentar hari-hari yang pasti.

Tika itu, Andai ana jatuh,
Anti menghulurkan tangan untuk memberi ana harapan.


Tika ana kesedihan,
Anti bersedia untuk tersenyum disisi dan menggembirakan.


Tika ana berseorangan,
Anti lah teman, yang mengisi kekosongan hati ini.


Tika ana kelalaian,
Anti lah yang mengingatkan dan menujuk jalan yg diredhai.


Tika itu,
Ana dan anti, Bukanlah 'ana dan anti' lagi.

Kerana, Ia adalah hari-hari yang pasti.
Berdoalah untuk hari-hari yang pasti, Hari-hari yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran, Dan itulah jalan yang telah Islam berikan.

Selamat malam anti..
Moga kita dipermukan nanti, Dihari-hari yang pasti, Seperti yang Allahu Rabbi telah janji, Bagi mereka yang mana hati-hatinya tidak mati di hari-hari yang tidak pasti.

Jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah


"Ya Allah, andai aku rindu, biarlah rinduku bersulam taqwa. Andai aku sayang, biarlah sayangku keranaMu dan DakwahMu! Ameen"

Di hati ini hanya Tuhan yang tahu..


Aisyah says: dapat artikel nie from other blog, nice ehh~~ swit gitukz..

Posted at 01:45 am by aisyah_alladin
 

Feb 1, 2009
Nasyid Pilihan

Damba Kasih

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
                              Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

Posted at 12:56 am by aisyah_alladin
 

Jan 11, 2009
Selamat Hari Lahir

PROFIL SITI NURHALIZA - Versi Admin HDSN

Siti Nurhaliza dilahirkan pada 11 Januari 1979 di Kampung Awah Temerloh, Pahang Kuala Lipis, Siti adalah anak kelima dalam lapan adik beradik yang lain.

Bakat Siti Nurhaliza dilihat apabila Siti memasuki pertandingan "Nyanyian Lagu Patriotik" untuk Karnival Kuala Lipis, Pahang. Siti juga sering dilihat menyanyi di mana mana majlis perkahwinan bersama kumpulan Band yang diterajui pakciknya.

Siti Nurhaliza bersekolah di Tabika Perkep Kebangsaan, Sekolah Rendah Clifford & Sekolah Menengah Clifford di Kuala Lipis. Siti Nurhaliza adalah anak yang rajin membantu ibunya, Cik Salmah Bachik menjual kuih muih pabila waktu petang, beliau bersama kakak atau adiknya menjual kuih di Kuala Lipis. Ayah Siti, Pakcik Taruddin adalah anggota Polis pada masa itu.


Pada tahun 1995, Siti Nurhaliza telah
bertanding untuk mendapatkan tempat juara bagi rancangan realiti TV, Bintang HMI dan ia ternyata berbaloi buat Siti Nurhaliza kerana beliau mendapat tempat juara pada masa itu. Siti Nurhaliza kemudiannya menjadi artis rakaman dibawah naungan Suria Records. Album pertama berjudul Siti Nurhaliza mendapat tempat hati peminatnya yang terdiri daripada remaja mahupun yang sudah dewasa di Singapura, Malaysia, Indonesia & Brunei.

Album album Siti Nurhaliza yang diterbitkan adalah Siti Nurhaliza (1996,97), Cindai (1998), Adiwarna (1999), Pancarwarna (2000), Sahmura (2001), Safa (2002), Sanggar Mustika (2003), EMAS (2003), Prasasti Seni (2004) Transkripsi (2006), Hadiah Daripada Hati (2007). Dan Siti juga ada menghasilkan album kompilasi seperti Dua Diva (2008) dan Cerita Cinta (2007).


Siti Nurhaliza juga bergiat aktif untuk membuat persembahan atau konsert di Singapura, Malaysia, Indonesia. Diantara Konsert Siti yang membawa seribu kenangan adalah Konsert Mega Bukit Jalil, Konsert Salam untukmu Sudirman dan Konsert Live di Singapura. Tarikh Keramat 1 April 2005 adalah satu permulaan titik sejarah buat Siti Nurhaliza kerana menjadi Artis Malaysia yang ke 3 untuk membuat Konsert Live di Royal Albert Hall, London sekali gus menyambut hari ulang tahun yang ke 10 tahun sebagai penghibur.. Ramai wartawan British mengelar beliau Celine Dion Asia.

Siti juga dijemput sebagai tetamu khas untuk rancangan TV di Indonesia dan Singapura.

Siti Nurhaliza juga aktif menjadi duta produk dan di antaranya adalah Pepsi, Maybelline New York, Pantene, dan Olay. Selain menjadi duta bagi sesetengah produk, Siti juga pernah menjadi Juri Profesional bagi sesetengah program realiti seperti MyStarz LG.

Sebagai penyanyi nombor satu negara, Siti telah memperoleh lebih dari 150 buah anugerah yang diberi kepadanya.. Berdasarkan juri profesional mahupun pilihan peminat sendiri. Antara anugerah anugera Siti Nurhaliza adalah Anugerah Bintang Popular, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Industri Muzik, dan MTV Asia Awards.  Siti Nurhaliza juga pernah diberi gelaran yang tertentu memandangkan pencapaian beliau yang sungguh memberangsangkan.

Sebagai artis, mesti ada halangan dan rintangan yang melanda. Begitu juga buat Siti Nurhaliza yang tidak pernah putus dilanda gosip, tomahan mahupun kutukan.. Siti Nurhaliza pula tidak melatah tentang semua itu dan di hadapinya tenang. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa peritnya beliau.

Tarikh 21 Ogos 2006 adalah tarikh yang paling indah buat dirinya kerana hari itu adalah hari berlangsungnya pernikahannya bersama ahli perniagaan, Datuk Khalid Muhd Jiwa atau senang dipanggil Datuk K, sekali gus membawanya gelaran Datin. Pelbagai reaksi dikemukakan kepada Penyanyi ini, ada yang senang dan ada yang tidak senang dengan perkahwinannya.. Datin Siti & Datuk Khalid menubuhkan Yayasan Nurjiwa khas untuk golongan yang memerlukan..

Pada Oktober 2006, Datin Siti Nurhaliza dikurniakan pangkat DIMP oleh Sultan Pahang, membawa gelaran Datuk. Datuk Siti menerima gelaran ini memandangkan beliau sudah berada di tahapnya yang tersendiri, Datuk Siti juga adalah artis yang paling muda mendapat gelaran tersebut.

Sebagai Umat Islam, Datuk Siti Nurhaliza menunaikan rukun Islam ke lima bersama keluarganya yang tercinta. Selepas pulang dari menunaikan fardhu Haji, beliau di panggil Hajah Dato Siti Nurhaliza, dan beliau juga berhijrah dengan berselendang.

Sehingga Kini, Dato Siti Nurhaliza masih lagi dikenali ramai dan di sayangi ramai.. Siapa kata bahawa seseorang yang telah berumah tangga akan jatuh popularitinya? Mungkin tidak bagi insan bernama Hajah Dato Siti Nurhaliza.



Posted at 12:00 am by aisyah_alladin
 

Jan 1, 2009
Pengertian CINTA Abadi

Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati,bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak. Tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitulah jua halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan. Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaannya tercapai.

Cintailah sesiapa pun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik- baiknya untuk kita terus menyintai Allah.

Cinta itu haruslah dibina atas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada yang lain.. Cinta suci tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah. Namun, body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta ini. Kebiasaannya, cinta suci seperti ini pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat.

Jikalau cinta seseorang itu benar2 hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyu' dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah. Sebaliknya, jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melelaikan, itu ertinya Cinta nafsu. Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Jika demikianlah keadaannya, bagaimana akan khusyu' solatnya?Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah yang dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu. Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri. Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah? Bergantung sepenuhnya kepada Allah itulah sebaik-baik pilihan. Tidak ada usaha yang luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu dan menguasainya.Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun, syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang bersabar.

Posted at 08:39 am by aisyah_alladin
 

Dec 1, 2008
Pekara yang Allah sembunyikan

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

 * Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

 * Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

 * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam


Posted at 01:37 am by aisyah_alladin
 

Next Page